UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Amerika tidak endah amaran awal tentang Wuhan dan Covid-19, akhirnya merebak satu dunia

Wei Jingsheng

Amerika Syarikat dan orang kanan pentadbiran Donald Trump telah diberi amaran sejak awal lagi mengenai penemuan virus yang menyebabkan Covid-19 tetapi ia tidak diendahkan.

Sudahnya, setakat ini, kira-kira 226 juta kes jangkitan dicatatkan dengan lebih 4.6 juta kematian di seluruh dunia.

Wei Jingsheng, seorang warga China yang hidup dalam buangan, mendakwa peringatan itu dibuat sekitar lima bulan sebelum Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akhirnya mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.

Beliau membuat pendedahan ini melalui sebuah film dokumentari berjudul ‘Apa Sebenarnya Terjadi di Wuhan’ yang ditayangkan di Sky News.

Dalam pendedahan mengejutkan itu, Jingsheng juga mengaku telah menyuarakan kekebimbangan tentang situasi tersebut kepada seorang yang cukup dikenali dalam pasukan pentadbiran Trump tetapi diabaikan.

Jinsheng, seorang pejuang demokrasi yang pernah dipenjara kerana ‘kegiatan kontra-revolusioner’, memaklumkan perkara itu pada November 2019 ketika desas-desus tentang virus SARS baru mulai menyebar di aplikasi WeChat dan platform media sosial China lainnya.

‘Saat itu, saya merasa mereka tidak khuatir seperti saya, jadi saya mencuba yang terbaik untuk memberikan lebih banyak maklumat. “Mereka mungkin tidak percaya bahawa suatu negara sanggup melakukan hal seperti itu (menyembunyikan masalah virus), jadi saya telah mencuba beberapa kali untuk meyakinkan mereka,” katanya.

Dilaporkan, rejim Xi Jinping cuba menyekat setiap diskusi dan penyebaran maklumat tentang wabak virus di Wuhan itu pada tahap awal.

Jinsheng, yang kini menetap di AS selama beberapa tahun, mengatakan dia mengetahui semua perkara ini melalui orang dalam Parti Komunis di Beijing.

Ketika kes koronavirus terus melanda China, kerajaan bertindak menyembunyikan wabak berkenaan daripada WHO sehingga 31 Disember 2019, apabila asal-usulnya sudah tidak dapat lagi dikesan.

Bejing ketika itu menafikan virus tersebut boleh berjangkit dari individu ke individu sehingga tampil mengakui pada akhir Januari tahun lalu.

WHO mengisytibarkan wabak misteri itu sebagai Darurat Kesihatan Awam susulan Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) pada 30 Januari 2020 ketika kes jangkitan mula melanda negara lain termasuk AS pada bulan yang sama. ” Virus dikenali sebagai Covid-19 pada 11 Februari 2020 sebelum diisytihar sebagai pandemik oleh WHO, 11 Mac.