UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Andes semakin kehilangan salji

Andes : 21 Julai 2020 (kiri) dan 29 Julai 2021

Jajaran pergunungan Andes menerima jatuhan salji paling rendah dalam sejarah tahun ini iaitu dalam tempoh kamarau panjang yang sudah berterusan selama 10 tahun.
Musim kemarau berpanjangan yang dikaitkan oleh saintis dengan fenomena pemanasan global telah mengakibatkan salji di pergunungan Andes mencair secara drastik.
Taburan hujan dan salji yang sangat berkurangan turut menyebabkan kebanyakan permukaan gunung antara Ecuador dan Argentina tidak diliputi salji, demikian menurut Reuters yang memetik temubual dengan para saintis.
Penyelidik utama dari Argenfine Institute of Snow, Glacier and Environment Science Studies, Ricardo Villalba berkata, masyarakat yang bergantung pada kawasan pergunungan sebagai sumber air kini berdepan dengan krisis bekalan tersebut.
“Sekiranya anda melihat tahap taburan di seluruh Cordillera (jajaran Andes), ia menunjukkan sama ada tiada salji terbentuk atau dalam jumlah yang kecil sahaja,” katanya.
Hemisfera selatan ketika ini mengalami musim sejuk, apabila sepatutnya dilanda salji. Dilaporkan, pusat peranginan ski dibuka semula selepas ditutup akibat pandemik Covid-19 dan menarik pelancong ke sempadan Argentina-Chile. Namun, taburan salji yang berkurangan memaksa banyak pusat peranginan mencari alternatif lain termasuk menghasilkan salji buatan.
Beberapa imej satelit yang dirakam pada Julai 2020 dan tahun ini, menunjukkan salji terkumpul di jajaran pergunungan Andes amat berkurangan.