UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Apa Donald Trump buat sekarang?

Apa Donald Trump buat sekarang?

Bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump bakal menjadi pengulas pertarungan antara bekas juara dunia, Evander Holyfield melawan bintang seni bela diri campuran (MMA) Brazil Vitor Belfort hujung minggu ini.

Trump yang sentiasa kontroversi itu berkata beliau memang gemarkan pertarungan sengit dan tidak sabar berlangsungnya perlawanan berkenaan.

“Saya suka pertarungan yang sengit. Saya tidak sabar untuk menyaksikan aksi antara kedua-duanya hujung minggu ini dan berkongsi pendapat mengenai apa yang berlaku di dalam gelanggang,” katanya.

“Anda tidak boleh terlepas aksi istimewa ini,” kata Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarkan FITE TV.

Trump bukan nama asing dalam sukan tinju, selepas menganjurkan beberapa pertarungan di kasino lamanya, Atlantic City.

Ulasan mengenai pertarungan berkenaan akan disiarkan di Saluran HBO, namun penonton boleh memilih dengan membayar AS$49.99 (RM207) bagi mendengar ulasan Trump yang mana akan turut disertai anaknya, Don Jr.

Holyfield, 58 akan berentap dengan Belfort di Hotel dan Casino Hard Rock di Hollywood, Florida selepas petinju sensasi, Oscar De La Hoya terpaksa menarik diri selepas diuji positif Covid-19.

‘Pertarungan itu sebelum ini dijadual berlangsung di Staples Center di Los Angeles tetapi dipindahkan ke Florida selepas badan tinju California enggan mengiktiraf aksi di antara Belfort dan Holyfield.

Holyfield tidak pernah turun beraksi sejak 2011, namun menandatangani kontrak untuk melawan Kevin McBride awal tahun ini dan mungkin pada masa akan datang berdepan musuh lamanya Mike Tyson.

Selepas pertarungan dengan McBride gagal diteruskan, Holyfield mengeluarkan kenyataan di Instagram Ogos lalu bahawa dia ‘sudah berlatih keras selama berbulan-bulan.

“Saya sudah berjanji dengan peminat saya untuk kembali ke gelanggang sekurang-kurangnya bagi satu pertarungan sebelum menggantung glove,” katanya.

Trump bukan nama asing lagi dalam sukan tinju, selepas menganjurkan beberapa pertarungan di kasino lamanya, AtlanticCity.