UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Azizulhasni dipuji netizen bantu rakan sekampung

Azizulhasni turun ke kampung untuk sampaikan sendiri bantuan kepada penduduk setempat


Jaguh lumba basikal negara Datuk Azizulhasni Awang mendapat pujian netizen di atas usahanya menyampaikan bantuan kepada penduduk kampungnya di Terengganu.

“Datuk tak lama lagi kalau dah tak aktif berbasikal boleh masuk politik berkhidmat untuk masyarakat setempat pulak,” komen @D11Mcfc di laman twitter.

“Terbaik Dato legend. Moga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki Dato lagi,” komen @Me19Zull.

Azizul yang meraih pingat perak pada Olimpik Tokyo2020, memuat naik satu klip video pagi tadi memaparkan kegiatannya menyampaikan bantuan kepada penduduk kampung di negeri asalnya Terengganu.

Azizul edar kampit beras dan bantuan lain kepada penduduk sekampung

“Ketika di kampung, saya berborak dengan sepupu saya Talhah (Ubaidullah Zulkipli) dan beliau ada ceritakan tentang beberapa keluarga penduduk setempat terkesan dgn keadaan pandemik Covid19,” tulis Azizul yang berasal dari Kuala Dungun.

“Ada juga di antara mereka ini adalah rakan-rakan satu sekolah dahulu. Sedih. Terus saya ajak beliau (Talhah)  untuk pergi bantu,”’ katanya.

Video yang sama di laman instagram sudah mendapat hampir 60,000 tontonan dengan 215 komen selepas enam jam dimuat naik.