UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Beberapa PPV di Lembah Klang mula ditutup

Beberapa pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang mula ditutup satu demi satu memandangkan sebahagian besar penduduk telah divaksin sepenuhnya berikutan pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti (Operation Surge Capacity) untuk Kuala Lumpur dan Selangor.

Antara PPV yang dikatakan mula ditutup ialah Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) setelah menyaksikan kumpulan terakhir 8,000 orang menerima suntikan vaksin pada Sabtu.

MITEC sebelum itu dikhususkan untuk suntikan vaksin bagi mereka berumur 60 tahun ke atas, penerima dos kedua, mereka yang mempunyai kesukaran pergerakan dan juga untuk penerima vaksin walk-in.

Menurut akhbar Sunday Star, PPV lain yang sedang dalam proses penutupan termasuk Setia City Convention Centre, Ideal Convention Centre (IDCC) di Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam, sebahagian dari KL Convention Centre dan Premier Hotel di Klang.

Menurut sumber, berikutan penutupan itu, mereka yang belum lengkap vaksin akan diarahkan ke PPV lain atau ke klinik yang ditetapkan.

Berikutan itu mereka diminta mengemaskini dan menyemak aplikasi MySejahtera di telefon bimbit masing-masing.