UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Betulkah Sharnaaz dan Caprice berperang ?

Telatah dua pelakon Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya menerusi sesi live di Instagram mendapat perhatian kerana dikatakan mereka membahan Caprice.

Ada yang terhibur melihat Sharnaaz berpakaian seperti lelaki Timur Tengah dengan latar belakang gurun dan meniru percakapan seperti gaya Caprice. Ini kemudian mengundang respon dari penyanyi rap berkenaan.

Caprice berkata Sharnaaz hanya berani daripada jauh, malah turut menggelar pelakon itu ‘sotong’.

Tidak hanya mendiamkan diri, Sharnaaz dipercayai telah menghubungi Caprice dan mengajaknya datang berjumpa di lokasi dihantar. Pelakon itu juga mendakwa telah disekat oleh Caprice.

“Petik nama orang tapi block orang. Lu memang penakutlah. Konon bawa panji Islam. Jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi.” @sharnaazahmad

Sharnaaz turut meminta pengikut memaklumkan kepada Caprice bahawa dia sedang menunggu di restoran.

Namun begitu ramai juga netizen yang menganggap perang mesej antara Sharnaaz dan Caprice itu sengaja dibuat-buat.

“Apasal aku rasa semua ni wayang? Caprice baru balik kan? Mesti tengah kuarantin. Yg nanaz ajak lunch tu propa kan?” tulis sorang netizen.

“Dorg tgh xde job .. wayang kat medsoc la,” tambah seorang netizen lain.Sharnaaz dan Caprice sebelum ini memang diketahui berkawan baik.