UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Bilionair Najib sekali lagi diangkat sebagai Perdana Menteri

Najib Mikati berdepan krisis kewangan dan kebuntuan politik Lubnan

Najib Mikati sekali lagi dilantik sebagai Perdana Menteri Lubnan selepas mendapat sokongan majoriti parti untuk membentuk pemerintahan baharu negara itu. 

Bilionair itu dilihat sebagai calon terbaik untuk memimpin negara berhadapan cabaran besar menghadapi krisis kewangan selain merungkai kebuntuan politik selama setahun. 

Mikati sebelum ini  pernah memegang jawatan berkenaan pada 2014. Menurut laporan agensi berita asing, Mikati menerima 72 undi daripada jumlah 118 ahli Parlimen. 

Seorang ahli perniagaan terkenal, beliau tidak mewakili mana-mana blok politik mahupun dinasti. 

Proses pengundian berkenaan berlaku di Istana Baabda yang mana Presiden Michel Aoun telah mengadakan perbincangan panjang dengan ahli-ahli Parlimen. 

Pelantikan Mikati dibuat kira-kira 11 hari selepas Saad Hariri meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Lubnan berikutan situasi politik tidak menentu dan pertikaian dengan Auon serta ahli Parlimen, Gebran Bassil selama sembilan bulan. 

Lubnan berdepan krisis ekonomi terburuk sejak insiden letupan Pelabuhan Beirut tahun lalu yang mengorbankan hampir 200 orang dan memusnahkan sebahagian besar ibu negara tersebut. 

Sejak kejadian itu, Lubnan dikendalikan oleh pentadbiran sementara dan menyaksikan mata wang terus susut dan kadar pengangguran semakin meningkat.