UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Blackpink atasi Bieber kumpul pelanggan paling ramai di YouTube

Kumpulan pop Blackpink yang dianggotai empat gadis Korea Selatan mencapai tonggak luar biasa di salah satu platform terpenting untuk penggiat industri muzik seluruh dunia.

Blackpink baru saja mengatasi Justin Bieber dari segi pengumpulan pelanggan paling ramai sepanjang zaman di YouTube.

Ikon K-pop itu kini mempunyain 65.6 juta pelanggan, mengalahkan Bieber penyanyi pop Kanada, dengan kelebihan setengah juta pengguna buat masa ini.

Bieber sebelum ini dianggap sebagai aksi paling popular di YouTube, sekurang-kurangnya dari segi jumlah pelanggan, sejak sekian lama, mengatasi Blackpink, BTS (No. 3, 57.5 juta), Marshmello (No. 4, 53.8 juta) dan Ariana Grande (No. 5, 49.6 juta).

Kejayaan terbaru Blackpink ini mungkin didorong oleh pelancaran lagu solo Lisa, salah seorang anggota Blackpink, bertajuk “Lalisa” yang sememangnya dinanti-nantikan peminat Kpop.

Video rasmi single itu setakat ini telah mengumpulkan 63 juta tontonan hanya dalam 19 jam pertama ia diedarkan.

Blackpink mula melancarkan dan memuat naik kandungan YouTube mereka sejak Jun 2016. Ia mengandungi beratus-ratus klip, dari video muzik, audio hinggalah kandungan di sebalik tabir.