UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Brebt dijangka cecah AS$90 setong

Goldman Sachs menaikkan unjuran harga minyak mentah Brent kepada AS$90 (RM376.70) setong daripada AS$80 (RM334.64) pada akhir tahun ini didorong oleh pemulihan permintaan yang lebih cepat.

Pemulihan permintaan terhadap minyak mentah dijangka lebih cepat berbanding varian Delta dan Taufan Ida yang membadai Amenka Syarikat (AS) sebelum ini.

Semalam, Brent meneruskan momentum kenaikan apabila mencapai AS$80 (RM334.64) setong, di tengah-tengah petanda bahawa permintaan terus meningkat menjelang penawaran untuk penghabisan inventori di sebalik krisis tenaga global.

Penanda aras minyak mentah global itu meningkat untuk hari keenam berturut-turut, mencapai paras tertinggi sejak Oktober 2018, sementara West Texas Intermediate (WTD turut merekodkan kenaikan.

Harga hadapan Brent untuk November meningkat O.8 peratus kepada AS$80.19 (RM335.43) setong di bursa ICE Futures Eropah, Singapura pada pukul 11.06 pagi semalam.

WTI untuk penghantaran November juga meningkat 0.8 peratus kepada AS$76.08 (RM318.24) setong di New York Mercantile Exchange.