UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Covid-19: Kes mati sebelum tiba hospital membimbangkan

Daripada 101 kes BID semalam sebanyak 56 babitkan bukan warga negara


Kes ‘brought-in-dead’ (BID) atau mati sebelum tiba ke hospital semakin membimbangkan susulan 101 kes kematian dicatatkan semalam, sekali gus menjadi kes kematian seumpama itu tertinggi pernah direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor mencatat kes kematian tertinggi semalam, iaitu 108 kes, 45 kes di Kuala Lumpur, Johor (44), Pulau Pinang (24), Kedah (15), Perak (13), Sabah (9) dan masing-masing 6 kes di Sarawak dan Melaka, Negeri Sembilan (5), 4 Pahang (4) dan Kelantan (3).

Keseluruhan jumlah kematian semalam ialah sebanyak 282 kes.

.

“Daripada 101 kes BID, 45 kes membabitkan warganegara, manakala 56 kes bukan warganegara.

“Sebanyak 49 kes BID berlaku di Selangor, 31 kes di Kuala Lumpur, 9 kes di Pulau Pinang, 4 kes di Johor, masing-masing dua kes di Perak dan Sarawak, 3 kes di Sabah, manakala satu kes di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, nilai RT Malaysia semalam ialah 1.05 dengan Perlis mencatat nilai RT tertinggi iaitu 1.47.

“Diikuti Kelantan (nilai RT 1.20), serta Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing nilai RT 1.17). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan dan Putrajaya,” katanya.