UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Covid-19: Koridor perjalanan Indonesia – Singapura ditangguh

Koridor perjalanan yang dirancang di antara Indonesia dan Singapura ditangguh dengan kenaikan mendadak jumlah kes Covid-19 di Jakarta.

Rancangan ini hanya akan difikirkan semula setelah kes domestik menjadi stabil, menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Sandiaga Uno.

Bali, Batam dan Bintan merupakan destinasi pilihan bagi rakyat Singapura tetapi kawalan pergerakan yang semakin ketat tidak membenarkan koridor dimulakan, katanya dipetik dari Jakarta Post.

Singapura juga baru-baru ini mengenakan kawalan ketat dengan jumlah kes semakin naik.

Indonesia kini membenarkan pasar tradisi menjual barangan keperluan untuk dibuka sehingga 8 malam.

Selain dari koridor bersama Singapura, Sandiaga juga turut membincangkan isu yang sama bersama Belgium Perancis, Rusia, UK, Netherlands dan Vietnam.

Singapura mencatat tiga angka sejak 22 Julai dengan 129 kes baru dicatat semalam 26 Julai, sementara Indonesia pula sudah mencatat lebih tiga juta kes sejak kes pertama direkodkan Mac tahun lalu.

Kawalan pergerakan semakin ketat dikenakan di Jakarta – Gambar hiasan