UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Dubai ambil idea gila, akan bina projek bangunan tergantung

Dubai tidak berpuas hati memiliki Burj Khalifa, pencakar langit tertinggi di dunia, dan kini dikatakan mahu membina menara tergantung pula, yang pertama seumpamanya di dunia.

Difahamkan, rekaan bangunan pelik dikenali sebagai Menara Analemma itu diperkenalkan oleh sebuah syarikat arkitek di New York, Clouds AO, sekitar lima tahun lalu.

Struktur bangunan unik ini akan digantung menggunakan kabel kepada sebuah asteroid dan bukannya dibina di atas tanah seperti bangunan biasa.

Di bawah konsep pembinaan yang tak terjangkau oleh fikiran biasa, android berkenaan akan “dipaksa” berada dalam ruang angkasa bumi.

Selepas Agensi Ruang Angkasa Eropah berjaya membuktikan mendarat di atas komet bergerak pada tahun 2015 boleh dilakukan, maka pembinaan bangunan terapung ini juga dirasakan tidak mustahil.

Malah, bangunan tergantung di asteroid ini akan berputar dalam bentuk angka lapan setiap hari dan akan kembali ke tempat asal di Dubai.

Bukan itu sahaja, Menara Analemma ini akan dilengkapi ruang untuk pelbagai aktiviti daripada ruang pejabat, tempat tinggal dan banyak lagi. Pastinya pembinaan bangunan pencakar langit ini akan memakan kos yang amat tinggi.

Akan tetapi, setakat ini masih belum ada sebarang maklumat lanjut tentang pembangunan projek Menara Analemma ini.