UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Dunia akan terus mendengar nama Duterte selepas 2022?

Duterte dari Presiden ke Naib Presiden?

Dunia akan terus mendengar nama Rodrigo Duterte dibariskan dalam senarai kepimpinan Filipina walaupun selepas beliau tidak lagi menjadi presiden negeri itu nanti. Ini seandainya apa yang dirancang oleh parti PDP-Laban menjadi kenyataan.

Duterte telah secara rasmi menerima pencalonan yang dibuat oleh PDP-Laban untuk bertanding sebagai Naib Presiden Filipna dalam pilihan raya umum 2022 nanti.

Penggal pentadbiran Duterte sebagai presiden Filipina akan berakhir tahun depan dan beliau tidak boleh meneruskan pemerintahan bagi penggal kedua berdasarkan Perlembagaan negara itu.

Presiden PDP-Laban Alfonso Cusi mengesahkan kesediaan Duterte kekal dalam pentadbiran kelak sebagai Naib Presiden.

Malah foto yang menunjukkan Duterte menandatangani pengakuan pencalonan berkenaan juga turut diedarkan.

Pihak pembangkang berpendaat Duterte memang mahu mengekalkan kuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Namun Duterte pula berkata keputusannya itu didorong oleh rasa cinta terhadap negara dan ingin melihat kesinambungan usaha yang diperkenalkannya selama ini.