UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Facebook “rugi” AS$5.9 bilion akibat masalah teknikal, Zuckerberg mohon maaf

Besar kerugian dan besar kesannya apabila platform media sosial facecook, Instagram, Messenger dan Whatsapp terputus akibat gangguan teknikal dan menyedari apa akibatnya kepada dunia, Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg tampil memohon maaf susulan isu berkenaan.
Menerusi kemas kini status di Facebook Mark memberi jaminan kesemua platform media sosial dan aplikasi berkenaan telah kembali normal tanpa sebarang masalah.

“Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger telah kembali beroperasi sekarang. Maaf kerana gangguan yang dialami hari ini (semalam).

“Saya tahu betapa anda semua bergantung pada perkhidmatan kami untuk kekal berhubung dengan orang tersayang,” ujarnya.

Terdahulu, Facebook telah mengalami gangguan teknikal selama hampir enam jam yang mengakibatkan pengguna di seluruh dunia gagal mengakses akaun mereka.

“Kami menyedari ada pengguna yang mengalami masalah untuk mengakses aplikasi dan produk kami. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

“Kepada komuniti besar perniagaan di seluruh dunia yang bergantung kepada kami, kami memohon maaf dan sedang berusaha keras untuk mengembalikan akses kepada aplikasi dan servis kami dan ia dilaporkan sedang kembali online sekarang. Terima kasih kerana setia dengan kami,” kata Facebook menerusi satu ciapan di laman Twitter awal pagi tadi.

Tinjauan di laman Twitter mendapati, masalah teknikal tersebut kini menjadi ‘trending’ di seluruh dunia dengan pelbagai tanda pagar seperti #internetshutdown, #facebookdown dan #MarkZuckerber yang mana digunakan oleh orang ramai untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

Sementara itu, susulan gangguan teknikal tersebut, Mark Zuckerberg yang juga pemegang saham terbesar syarikat sosial media berkenaan terpaksa menganggung kerugian sebanyak AS$5.9 bilion seperti yang dilaporkan Forbes apabila saham Facebook menjunam sebanyak 5 peratus.