UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Fauziah Nawi tegur pelakon ‘antivaksin’

Fauziah Nawi

Pelakon veteran Fauziah Nawi memberi peringatan kepada anak sesi yang antivaksin supaya tidak berlagak dan menjaja cerita konon mereka masih boleh dapat tawaran berlakon walaupun tidak mengambil vaksin.

Memberikan komen selepas kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif semalam, beliau berkata jangan disebabkan mereka (antivaksin) orang lain pula yang mendapat susah.

“Alhamdulillah kita dah boleh shooting. Tetap ikut SOP. Siapa yang dah vaksin dua dos baru boleh buat kerja. Tapi, ada juga yang berlagak tak vaksin pun boleh shooting. Jangan jealous. Rezeki Allah. Tak ada siapa jealous hai. Memang rezeki Allah. Tapi jangan pasal kau, orang lain pulak susah. Kalau #KKM #MKN #FINAS tahu macam mana? Tak pasal kebenaran ditarik balik. Jangan provoke lah. Fikirkan orang lain yang susah ni.” tulisnya di media sosial.

Menurut Fauziah beliau geram apabila ada segelintir anak seni ‘berlagak’ dan berseronok di media sosial apabila mereka boleh kembali ke set penggambaran walaupun belum divaksin lagi.

Beliau berkata perkara tersebut ternyata salah dan boleh menjejaskan periuk nasi orang lain seandainya pihak berkuasa mengetahui mengenai hal tersebut.

“Macam mana ada Producer dan PM (pengurus penerbitan) boleh employ pelakon/karyawan yang tak Vaksin? Janganlah buat hal. Nanti kerana kalian kebenaran akan ditarik balik. Menyusahkan. Kalian ada cable besar ke? Ini bukan jealous tapi diam-diamlah janganlah nak menganjing,” katanya.

Fauziah berkata beliau tertanya-tanya bagaimana kesemua pelakon dan karyawan ini boleh diberikan job.

Sebagai pelakon veteran, Fauziah menekankan beliau bukan cemburu tetapi risau sekiranya kebenaran untuk melakukan penggambaran ditarik semula.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengarah bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fauziah.