UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Foto KJ viral buat lawatan mengejut dipuji netizen, termasuk Pandelela

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengunjungi Hospital Kajang berseorangan diri

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendapat pujian netizen kerana membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang tanpa disambut atau diiringi pegawai.

Foto menteri berusia 45 tahun itu yang berpakaian kasual menjadi tular petang tadi dengan 14k likes dalam beberapa jam dan lebih 7,000 dikongsi tweet.

Foto itu disertai dengan komen netizen Khairil Hafidz yang berkata: “Ini baru betul bila dikatakan lawatan mengejut.”

“Spotted in Hospital Kajang. Ini baru betul bila kita kata lawatan mengejut. Memang boleh tercabut jantung staf bila nampak YBMK datang macam ni je.

Good job YB @Khairykj,” kata @khairul_hafidz.

Ratu terjun negara Pandelela Rinong turut berkongsi komennya terhadap foto itu dengan menyatakan perkara seumpamanya pernah dilihatnya sebelum ini ketika Khairy memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

“Saya masih ingat YB @Khairykj melakukan kunjungan ke kolam renang tanpa sebarang pengumuman atau pengiring. Dia selamba duduk di tempat penonton biasa menyaksikan pertandingan terjun,” kata Pandelela dalam ciapan memberi komen ke atas foto Khairy itu.

Beberapa pembaca lain juga memberi komen dengan ramai yang memuji sikap menteri itu dan ada pula kata rakyat tak perlu rasa aneh kerana memang tanggung jawab menteri untuk turun padang.

https://twitter.com/appledom_/status/1439143926565269506?s=21