UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Gaza korban 122 ekor Lembu sumbangan Rakyat Malaysia

Nadir Al-Nuri dan NGOnya di Gaza memerlukan dua hari untuk korban lembu, kambing sumbangan rakyat Malaysia

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Gaza, Palestin memerlukan lebih dua hari untuk mengorbankan lembu dan kambing sumbangan rakyat Malaysia sempena Hari Raya Aidil Adha.

Ketua Eksekutif NGO, Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri berkata selepas mengorbankan 60 ekor lembu, pihaknya terpaksa berehat lima jam sebelum meneruskan penyembelihan seterusnya.

Beliau yang merupakan seorang warga Malaysia tetapi menetap di Gaza berkata, Cinta Gaza Malaysia bersama-sama rakan-rakannya menerima sumbangan 122 ekor lembu dan empat ekor kambing.

“Pusingan pertama 60 ekor lembu kami bermula jam 9 malam Hari Raya hingga jam  3 atau empat petang keesokannya. 

“Kami berehat lima jam dan selepas itu meneruskan melakukan korban ini untuk menunaikan amanah mereka yang menyumbang,” kata Nadir dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, malam ini 21 Julai.

Video itu mendapat lebih 120,000 views dan hampir 600 komen dalam tempoh sembilan jam selepas dimuat naikkan.