UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Hanya 0.9 peratus lagi

Hanya 0.9 peratus diperlukan bagi mencapai 90 peratus populasi dewasa negara ini lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan laman sesawang Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 malam Khamis, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan.

Terdapat 1,296,965 atau 5.5 peratus lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Capaian 90 peratus populasi lengkap dos suntikan diperlukan bagi membolehkan aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan kebenaran itu dalam masa terdekat.

Kali terakhir rakyat dibenar melakukan perjalanan rentas negeri adalah Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.
Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja), seramai 2,156,346 individu berusia 12 hingga 17 tahun atau 4.7 peratus telah lengkap dos suntikan manakala 2,008,408 remaja baru mendapat satu dos.