UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Ikan opah terdampar di pantai Oregon

Ikan opah yang ditemui terdampar di pantai Oregon. Foto dari laman CNN

Seekor ikan berwarna-warni yang sangat besar saiznya hanyut dan terdampar di pantai Oregon dan menarik perhatian ramai.

Menurut laporan Cable News Network, pegawai-pegawai marin dan hidupan laut menyifatkan kejadian ini sebagai jarang berlaku.

Ikan seberat 45 kilogram yang dikenali sebagai ikan opah, juga dikenali ikan bulan itu, ditemui di Pantai Sunset di Seaside, sebuah bandar di sebelah barat laut Oregon, kata Seaside Aquarium dalam catatan Facebook yang dimuat naik bersama beberapa keping gambar ikan sepanjang satu meter.

Penolong Pengurus Seaside Aquarium, Tiffany Boothe memberitahu akhbar tempatan, ini merupakan kali pertama ikan berkenaan ditemukan di kawasan pantai itu.

Menurut Boothe, pihaknya tidak pasti bagaimana ikan itu mati namun menyatakan haiwan laut itu berada dalam keadaan baik sebelumnya.

Sementara itu, ahli biologi dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Perikanan memberitahu portal Stuff bahawa pakar percaya perubahan iklim mungkin menjadi antara faktor penemuan ikan gergasi itu di pantai tersebut.

Ikan opah berdarah panas dan biasanya ditemui di perairan tropika dan sub-tropika.