UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Israel diselar hancurkan rancangan damai

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyelar Israel kerana menghancurkan cadangan Penyelesaian Dua Negara dengan tindakan menyebabkan rakyat Palestin terpaksa menuntut hak yang sama dalam satu negara terdiri dari Israel, Tebing Barat dan Gaza.

Berucap semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) menerusi pautan video dari Tebing Barat, Mahmoud, 85, menggesa komuniti antarabangsa supaya bertindak menyelamatkan formula yang menjadi landasan diplomasi bagi konflik Israel-Palestin selama beberapa dekad.

Menurut beliau, Israel ‘menghancurkan prospek penyelesaian politik berdasarkan solusi dua negara’ melalui penyelesaian di Tebing Barat yang dijajah semasa perang Asia Barat 1967.

“Sekiranya Israel terus mempertahankan realiti satu negara apartheid seperti yang berlaku hari ini, rakyat Palestin dan seluruh dunia tidak akan bertolak ansur dengan situasi tersebut.

“Penduduk Palestin perlu diberikan hak politik yang sama dalam satu negara. Dalam semua kes, Israel perlu membuat pilihan,” katanya.