UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Israel “koyak” masih serang Gaza

Bumi Gaza menjadi kelam-kabut lagi apabila tentera negara haram Israel melancarkan serangan udara di sebuah kawasan terbuka di utara wilayah itu dan tapak latihan ketenteraan milik Hamas di selatan Khan Yunis.

Menurut sebuah kumpulan yang bersekutu dengan Hamas, al-Resalah, jet-jet Israel itu melakukan serangan waktu malam pada Ahad lalu, 25 Julai.

Media tempatan pula melaporkan pejuang Palestin membalas dengan melepaskan tembakan daripada mesingan ke arah jet-jet Israel di Genting Gaza dan berjaya menjatuhkan sebuah dron.

Dalam pada itu, jurucakap Hamas, Hazem Qasim berkata serangan itu adalah sebagai usaha Israel memulihkan imejnya selepas ia terkesan ketika pertempuran yang berlaku pada Mei lalu.

Serangan itu juga berlaku ketika Israel mengurangkan had jarak menangkap ikan yang boleh dilakukan penduduk Palestin iaitu dari 12 batu nautika ke tiga batu nautika ekoran kejadian belon api yang dilepaskan dari Gaza ke Israel, menurut agensi berita asing yang dipetik Sinar Harian.

Sementara itu, tentera Israel menggunakan alasan pelepasan belon-belon api dari Gaza ke Israel sebagai punca ia melancarkan serangan tersebut.