UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Jambatan Pulau Pinang kembali terang

Jambatan Pulau Pinang yang gelap sejak 8 malam 1 Oktober kerana mengalami gangguan bekalan elektrik, kini kembali normal sejak 3 pagi tadi.

Gangguan elektrik disebabkan kerosakan kabel di KM138 menyebabkan gangguan di sepanjang jambatan dan plaza tol, menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik Plus, Syed Mohammed Idid.

Kerosakan kabel itu menyebabkan kawasan pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan turut terjejas.

PLUS memohon maaf atas kesulitan akibat gangguan tersebut dan mengawasi kawasan terlibat sepanjang gangguan bekalan untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui Aplikasi PLUS.