UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Kakitangan kerajaan wajib vaksin sebelum 1 Nov

Jabatan Perkhidmatan Awam mewajibkan semua penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 sebelum 1 November ini atau berdepan dengan tindakan tatatertib.

Ketika ini, kelompok penjawat awam di seluruh negara yang belum mendaftar untuk vaksin adalah seramai 16,902 orang.

Selaras arahan tersebut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam menggesa penjawat awam berkenaan patuh arahan JPA atau dicadang berundur awal daripada perkhidmatan.

JPA menerusi kenyataan semalam memaklumkan keputusan itu dibuat bagi memberikan keyakinan dan jaminan kepada orang awam serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

Menurut JPA adalah menjadi kewajipan semua penjawat awam mematuhi perintah kerajaan termasuk melibatkan hal suntikan vaksin Covid-19 walaupun ketika ini pengambilannya masih disifatkan sebagai sukarela bagi semua individu.
Mereka yang belum vaksin hendaklah hadir secara walk-in ke tempat pemberian vaksin yang disediakan pihak kerajaan manakala mereka yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan hendaklah mengemukakan maklumat kesihatan yang sah kepada ketua jabatan masing-masing.