UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Kerajaan Negeri Melaka bergolak

Kerajaan Negeri Melaka bergolak ekoran dakwaan kononnya enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di pihak kerajaan sedia meninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu kini berada dalam krisis.

Sejak dua hari lalu spekulasi berlegar di negeri ini berikutan tersebarnya berita mengenai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, didakwa akan melompat menyertai Pakatan Harapan (PH).

Selepas itu keadaan menjadi lebih panas apabila tersebar berita dua lagi ADUN kerajaan akan mengikut jejak langkah empat wakil rakyat tersebut.

Empat ADUN berkenaan didakwa sudah menandatangani akuan bersumpah (SD), manakala dua lagi tidak dapat dipastikan.

Majoriti ADUN yang berpaling tadah ini didakwa datang daripada UMNO.

Difahamkan; . mereka tidak berpuas hati dengan pucuk kepimpinan negeri, selain mendakwa dipinggirkan oleh parti.

Jika benar, bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal kehilangan tampuk pemerintahan setelah kira-kira setahun memerintah. Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negerl (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Jika enam ADUN tersebut melompat, ia bermakna PH mempunyai majoriti 17 kerusi DUN, yakni layak untuk memerintah.