UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Kereta Api Baru China mampu catat kelajuan 600 km se jam

China mahu mewujudkan "lingkaran pengangkutan 3 jam" antara kawasan metropolitan utama.


Sebuah kereta api peluru “maglev” yang mampu mencapai kepantasan sehingga 600 km se jam (373 batu se  jam) mula digunakan di Qingdao, China.

Dibangunkan oleh China Railway Rolling Stock Corporation yang dimiliki kerajaan, ia dianggap kereta api terpantas di dunia.

“Maglev” adalah singkatan dari “magnetik levitation” atau “apungan magnetik.” Di bawah sistem ini, kereta api kelihatan terapung berikutan kekuatan elektromagnetik yang menghantarnya meluncur di atas landasan, demikian lapor CNN.

Liang Jianying, timbalan pengurus besar dan ketua jurutera CRRC Sifang, berkata kepada media di China bahawa selain kelajuannya, kereta api tersebut memancarkan tahap pencemaran bunyi yang rendah dan memerlukan penyelenggaraan yang lebih sedikit daripada kereta api berkelajuan tinggi yang lain.

Prototaip kereta api peluru ini mula diumumkan kepada media pada 2019. Pada tahun yang sama, China mengumumkan cita-cita tinggi untuk mewujudkan “lingkaran pengangkutan 3 jam” antara kawasan metropolitan utama.

Kereta api maglev baru China ini dirancang untuk mencapai kelajuan 600 km se jam.

Rel berkelajuan tinggi adalah keutamaan utama di China, yang bertujuan menghubungkan lebih banyak bandar besarnya dengan kereta api untuk mengurangkan masa dan perbelanjaan yang diperlukan untuk melakukan perjalanan di sekitar negara itu.

Pada masa ini, kereta api berkelajuan tinggi rata-rata di China dapat bergerak sekitar 350 km se jam, sementara pesawat terbang dengan kecepatan 800-900 km se jam.