UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Kereta “Autopilot” terpedaya dengan Bulan mengambang

Penafsiran silap sistem autopilot mendorong kereta Tesla bergerak perlahan

Di sebalik kecanggihannya, sistem bantuan pemanduan penuh kereta buatan Tesla gagal membezakan lampu isyarat di simpang jalan dengan bulan yang sedang mengambang penuh.

Terdapat laporan mengatakan sistem autopilot  kereta itu menyangka bulan yang sedang mengambang adalah lampu isyarat yang sedang berwarna kuning. 

Seorang pemilik Tesla baru-baru ini memuat naik video yang menunjukkan sistem berkenaan keliru antara bulan dengan lampu isyarat kuning. 

Penafsiran yang silap itu telah mendorong kereta berkenaan bergerak perlahan-lahan iaitu respon terhadap lampu isyarat kuning.

“Hei @elonmusk, anda mungkin ingin pasukan Tesla melihat semula bagaimana sistem autopilot terpedaya dengan bulan. Kereta ini menganggap bulan adalah lampu isyarat kuning dan terus bergerak perlahan” tulis pemilik kereta itu di twitter.

Apa yang menghairankan kereta berkenaan sebenarnya sudah lama berada di pasaran dan mendapat masa yang cukup untuk mengumpul data-data bagi membentuk keupayaan mampu mengenalpasti apa yang ditemui di laluan. 

Setelah beberapa tahun berada di pasaran, kebanyakan benda yang cenderung mengelirukannya telah dikaji dan dihapuskan sepenuhnya, sekiranya ia boleh menghasilkan reaksi keliru. 

Kenderaan bomba yang tiba-tiba berada di tepi jalan adalah antara benda lain yang boleh mengelirukannya.