UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

KL antara kota insomnia dunia

Kuala Lumpur merupakan bandar keenam di dunia disenaraikan sebagai bandar yang merekodkan bilangan individu dilanda insomnia tertinggi di dunia.
Hasil dapatan kajian oleh University of Wolverhampton menggunakan TensiStrength yang mengukur tahap tekanan ketika tidur dan dengkuran berdasarkan ciapan Twitter dari seluruh dunia, mendapati Kuala Lumpur mencatatkan ‘tahap tekanan’ 50.52 peratus.
Masalah sukar tidur itu sememangnya menghantui ramai penduduk dunia yang boleh menyebabkan risiko kesihatan, kematian dan tekanan, lapor Mornings.co.uk.
Chile pula merupakan negara paling ramai penduduknya mengalami tekanan untuk tidur pada waktu malam dengan 59.13 peratus.
Rochester, New York mencatatkan 55.21 peratus bandar paling teruk mengalami kesukaran tidur malam.
Alabama dan negeri lain di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan 63.43 peratus tekanan tidur paling tinggi.
Liverpool dan Manchester merupakan dua bandar di United Kingdom (UK) berada di kedudukan kedua dan ketiga penduduk paling ramai mengalami masalah insomnia dengan masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 53.92 dan 51.21.
Bagaimanapun, jika diukur kedudukan mengikut negara, UK menghuni carta ke-24 dengan 47.01 peratus.