UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Lebih 350,000 terkorban perang saudara Syria

Tragedi manusia yang menjadi mangsa rebutan kekuasaan politik. Dianggarkan 350,209 orang telah terkorban dalam perang saudara di Syria dalam tempoh 10 tahun ini.

Menurut laporan BBC, perkara itu dinyatakan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) dalam laporan pertamanya sejak 2014 mengenai angka korban di negara yang bergolak itu.

Bagaimanapun katanya, jumlah tersebut adalah kiraan anggaran dan jumlah kematian sebenar mungkin lebih tinggi.