UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Lebih separuh dewasa terima vaksin lengkap

“Kita di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan” - JKJAV

Lebih daripada separuh penduduk dewasa di negara ini telah menerima vaksin lengkap Covid-19, selepas 531,114 dos diberikan semalam.

Dalam satu tampalan Facebook hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) berkata 50.2% penduduk dewasa atau 11,743,096 individu telah diberi suntikan lengkap vaksin.

Manakala 75.3% penduduk dewasa atau 17,625,760 individu sudah menerima dos pertama.

“Hari ini, lebih 50% daripada populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. 

“Kita di landasan tepat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan untuk PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan)

“Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat. Usaha gigih selama ini perlu diteruskan,” kata JKJAV.