UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Liga bolasepak Perancis dibelenggu keganasan

Pihak berkuasa Perancis dari peringkat kementerian hinggalah polis pening mencari terbaik mengendalikan dan menghentikan aktiviti hooliganism atau keganasan bolasepak di negara itu.

Terbaru, polis Perancis bertindak melakukan tangkapan dan badan bola sepak negara itu terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar selepas beberapa siri insiden keganasan membabitkan penyokong dalam saingan Ligue 1.

Bas yang membawa penyokong Bordeaux untuk aksi menentang Montpellier di bahagian selatan Perancis diserang dengan batu ketika mereka bergerak dari lapangan terbang, menyebabkan 16 orang mengalami kecederaan ringan.

Selepas wisel penamat dalam perlawanan yang mencatatkan keputusan seri 0-0 itu, sekumpulan penyokong Marseille meninggalkan tempat duduk khas penyokong pelawat dan cuba untuk berdepan dengan penyokong tuan rumah sebelum staf keselamatan stadium mengawal keadaan.

Dua penyokong Marseille ditahan di atas peranan mereka dalam insiden berkenaan, jelas pihak berkuasa.

Menteri yang bertanggung jawab secara keseluruhan untuk sukan, Jean Michel Blanquer, menyifatkan insiden berkenaan satu perbuatan keganasan yang tidak boleh diterima dan meminta agar pihak berkuasa Ligue 1 mengambil Tindakan lebih tegas.

“Ada sesetengah penyokong yang sepatutnya dihalang daripada memasuki stadium pada masa akan datang selepas mereka tampil dengan sikap seperti ini,” kata Blanquer.