UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Lompatan emas bagi negara di Tokyo

Abdul Latif mencatat lompatan terbaik dengan 7.45 meter pada percubaan kedua.

Atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan kilauan emas ketiga buat negara dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Kangar, Perlis ini berjaya mengulangi pencapaiannya di Rio 2016 dalam acara final lompat jauh (T20) yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang waktu tempatan, hari ini.

Abdul Latif mencatatkan rekod terbaik dengan 7.45 meter pada percubaan kedua.

Pingat perak pula dimiliki Atlet dari Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan terbaik 7.17m. 

Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m

Abdul Latif merupakan pemegang rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.64m di Sukan Para Asia Jakarta 2018 dan 7.60m untuk rekod Paralimpik.

Terdahulu, atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas kedua buat negara selepas menang pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Manakala pingat emas pertama disumbangkan disumbangkan Bonnie Bunyau Gustin dalam acara powerlifting dalam kelas 72 kilogram (kg).