UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Mayat doktor Palestin dipijak askar zionis

Tentera Israel dakwa mangsa serang anggotanya dengan pisau di pintu masuk Masjid al-Aqsa

Tentera Israel menembak mati seorang doktor Palestin di salah satu pintu masuk Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqis malam tadi dan rakaman video memaparkan jenazah dipijak askar zionis.

Media Israel mendakwa Dr Hazem Joulani cuba menikam seorang anggota tentera zionis ketika mendekati pintu masuk Bab al-Majlis yang dikawali pasukan keselamatan.

“Penyerang cuba beberapa kali menikam seorang anggota tentera yang bertindak melangkah kebelakang dan menembaknya,” lapor akhbar Times of Israel.

Sebilah pisau dijumpai di tempat kejadian.

Akhbar Palestin, The Palestine Chronicle pula melaporkan polis Israel menghalang bantuan kecemasan diberi kepada mangsa dan membiarkannya mati di tempat kejadian.

Menurut laporan, kejadian berlaku Jumaat jam 4 petang waktu Baitulmaqdis (9 malam waktu Malaysia) di pos kawalan tentera.

Dr Hazem, 51, ialah dari Shuafat, Timur Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh Israel.

Pihak Berkuasa Palestin berkata Dr Hazem memegang jawatan pengarah di kolej perubatan alternatif al-Rayyan dan ialah seorang pakar akupuntur.

Laman Facebooknya menyatakan Dr Hazem pernah berkerja di hospital Assaf Harofeh di luar Tel Aviv.