UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Memoir Putera Harry bakal ditulis

Putera Harry bakal menerbitkan buku dan perkembangan terbaru ini mengujakan bukan sahaja rakyat Britain tetapi juga dunia dan tidak kurang pula ramai yang mula membuat anggaran pendapatan yang bakal diperolehi olehnya.

Sejak Harry dan isteri Meghan Markle mengumumkan mereka mahu meninggalkan keluarga di raja dan berusaha untuk berdikari dari segi kewangan, pasangan berkenaan dengan cepat mula membangunkan “empayar media.”

Mereka mencapai perjanjian penerbitan sekitar AS$100 juta dengan Netflix untuk mengeluarkan dokumentari, filem, skrip dan program kanak-kanak.

Mereka juga menandatangani perjanjian podcast dengan Spotify dan bergabung dengan Harry Walker Agency untuk merancang program-program temu bual media.

Terbaru, sebuah memoir mengenai Harry pula bakal ditulis dan diterbitkan.

Pada hari Isnin, 19 Julai, syarikat penerbitan buku Penguin Random House mengumumkan bahawa ia telah mendapat hak ke atas buku Harry, yang digambarkan sebagai “memoir intim dan tulus.”

Ia akan memaparkan tentang pengalaman, petualangan, kerugian, dan pelajaran hidup yang telah membantu membentuk dirinya, termasuk semasa kecilnya dan dewasa, sebagai seorang raja, perkhidmatan ketenteraan, perkahwinan dengan Meghan dan sebagai seorang bapa.

Buku yang belum mempunyai judul ini dijadualkkan akan dikeluarkan pada akhir 2022.