UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Misteri kehilangan MH370: Teknologi baru mampu kesan isyarat radio

Kemunculan teknologi baru dijangka dapat membantu mengesan dan menjumpai lokasi akhir pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyelesaikan pencarian yang sudah berlangsung tujuh tahun.

Menurut akhbar The Times, teknologi berkenaan mampu mengesan sejarah data mengenai isyarat radio pesawat, seterusnya menjadi kunci untuk akhirnya menemukan pesawat yang hilang bersama 239 penumpang itu.

Teknologi itu terbukti berjaya dan perintisnya percaya dapat memetakan minit akhir MH370 dengan peningkatan ketepatan ketara, mengecilkan kawasan pencarian untuk penyiasat.

Jurutera aeroangkasa Britain, Richard Godfrey telah menjalankan ujian menggunakan pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai Weak Signal Propagation Reporter (CWSPR).

Teknologi itu mencatat setiap interaksi antara pesawat di udara dan isyarat yang dihantar oleh pemancar radio di daratan.

Beliau menggunakan kaedah ita untuk mengesan jalur penerbangan pesawat Orion Tentera Udara New Zealand yang mengambil gambar serpihan di permukaan laut sejurus selepas MH370 hilang.

Ia termasuk panel besar yang menyerupai komponen sayap Boeing 777 dan pakar merumuskan ia adalah sebahagian daripada MH370.

Sebelum ini, usaha terakhir mencari MH370 dilakukan oleh syarikat robotik laut Ocean Infinity yang menggunaan kenderaan bawah laut yang meliputi kawasan hampir 50,000 batu persegi namun tetap gagal.

Ocean Infinity berkata pihaknya mengetahui cubaan menggunakan teknologi baharu tersebut dan berminat untuk meneruskan pencarian sama ada hasil dari maklumat atau teknologi baru. Biarpun pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam pencarian MH370 sudah menutup buku dalam usaha pencaraian pesawat berkenaan namun masih ramai yang gigih dan memikirka mengenainya.

Mereka semua yakin satu hari nanti misteri pasti terungkai dan pesawat berkenaan pasti ditemui juga.