UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

MyCC digesa siasat kontrak Priority Seller Shopee, agar pasti wujud saingan

Skim Priority Seller Shopee didakwa sekat pilihan vendor jual di platform lain

Platform e-dagang Shopee dari Singapura yang turut beroperasi di Malaysia mula menerima rungutan penjual tempatan yang sebahagiannya mahu MyCC menyiasat syarat Priority Seller syarikat itu.

Di bawah perjanjian Priority Seller itu, penjual atau vendor yang bersetuju tergolong dalamnya tidak dibenarkan menjual produk mereka menerusi platform lain.

Seorang vendor di Shopee, Sen Lim baru-baru ini menimbulkan isu itu dalam kumpulan perbincangan Facebook “Entrepreneurs and Startups in Malaysia” baru-baru ini dan meminta penjelasan.

Notis akaun Priority Seller diberi amaran berikutan jual di Lazada – sumber Facebook

Pembaca posting itu berbelah bagi berhubung isu itu dengan yang mempertahankan Shopee menyatakan sesiapa yang memeterai kontrak Priority Seller perlu patuh kepada termanya.

Manakala yang membantah pula berkata sesuatu terma yang dimasukkan ke dalam kontrak tidak semestinya sah di segi undang-undang.

“Saya terperanjat bahawa MYCC belum ambil apa-apa tindakan berhubung perkara ini.

“…dasar ini  jelas mengehadkan keupayaan penjual dalam suasana Covid ini,” komen pembaca Melissa Hoon merujuk kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Seorang lagi pembaca Nur Fitriah bersetuju dengan menyatakan Shopee seharusnya menumpukan kepada usaha membantu vendor bukan platform itu sendiri.

“Shopee mesti membuang syarat ini ke atas Priority Seller. Dalam pandemik sekarang penjual hanya mahu mencari rezeki,” kata Nur Fitriah.

Beberapa pembaca berhujah syarat Priority Seller itu tidak bersifat anti-persaingan.

“Bagaimana ia boleh dianggap anti-persaingan sedangkan masih ada opsyen untuk jual menerusi Lazada atau Shopee,”tanya pembaca Shea Yong.

Menjawabnya, pembaca James Lee berhujah ia adalah anti-persaingan jika insentif diberi untuk meninggalkan platform pesaing.

“Adalah baik bagi MyCC untuk masuk campur dan membuat keputusan berhubungnya,”

katanya lagi.

Sementara itu blogger nuclearmanbursa berkata platform e-dagang boleh meletakkan syarat yang dianggap “membuli” kerana Kerajaan lemah menjalankan tugasnya.

Malaysia katanya perlu lihat kepada peraturan Consumer Protection (E-Commerce) Rules, 2020 yang diperkenalkanKerajaan India.

Peraturan itu secara asasnya bertujuan menghalang pengendali platform e-dagang daripada mengehadkan vendor menjual hanya di platform mereka.

Selain itu, peraturan di India itu melarang penjualan produk asing jika tidak didaftar di Jabatan Promosi Industri dan Perdagangan Dalam Negeri (DPIIT).

Baca selanjutnya di sini ;In India, e commerce companies learn the hardway, there is no such thing as a free lunch