UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Netizen keliru dengan peringatan DG Hisham

“Selamat ke tak selamat…pening lah” - netizen tanya @DGHisham

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi peringatan pembukaan semula banyak premis perniagaan bukan kerana ia selamat tetapi atas alasan ekonomi.

Berikutan itu melalui ciapan twitter malam ini, beliau menasihat orang ramai kekal pakai pelitup muka dan “dua kalau boleh.”

Majlis Keselamatan Negara hari ini melonggarkan sekatan terhadap beberapa sektor ekonomi dan sosial bagi negeri Fasa Satu dan seterusnya atas alasan tahap vaksinasi lengkap Covid-19 negara sudah mencecah lebih 50 peratus.

Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat agar menjaga penjarakan fizikal dan kerap membasuh tangan, di samping elak kawasan sesak dan tertutup.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen mengaku keliru dengan peringatan Dr Noor Hisham yang menggunakan handle @DGHisham.

“What % yang selamat? 100 % then baru u nak declare safe?, tanya @dukeorange2021.

“…pemimpin buka konon 2 dose dah ok tapi bercanggah dengan info KKM. bukan kah kalau kes turun , vaksinasi berjaya itu lebih baik untuk masa depan seluruh rakyat malaysia ” komen @amirulhafizan91.

“Selamat ke tak selamat …pening la… agak2 bila boleh selamat tah,” tanya @rushdiarif1.