UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Pakej lebih baik untuk doktor kontrak?

Doktor kontrak tunggu berita baik

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengumumkan sistem baharu dengan penilaian lebih baik dan telus untuk pegawai perubatan lantikan kontrak dalam tempoh dua minggu lagi.

Tempoh tersebut untuk menetapkan sistem baharu kaedah penilaian prestasi bagi perjawatan tetap, peluang lanjutan pengajian dan masa depan profesion mereka, demikian menurut seorang jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang berkongsi hasil perbincangan Bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Jurucakap berkenaan memberitahu Utusan Malaysia, Gerakan tersebut menuntut KKM memberikan tempoh kontrak lebih lama kepada mereka untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.

Tempoh tersebut mestilah diberi atas 10 hingga 15 tahun dan bukannya yang singkat iaitu selama dua hingga 5 tahun sahaja.

Khairy sendiri sebelum ini memuatnaik di Facebook bahawa pihaknya sedang berbincang mengenai perkara ini bagi mencari titik penyelesaian lebih baik berhubung isu yang dihadapi pegawai perubatan lantikan kontrak.

Setakat ini terdapat seramai 23,096 orang pegawai lantikan kontrak yang merangkumi 23,077 pegawai perubatan lantikan kontrak dan 19 orang pakar perubatan lantikan kontrak.