UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Pandelela bergelar Datuk

Ratu terjun negara, Pandelela Rinong, dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa sukan Olimpik berusia 28 itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Syabas.