UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Panggung wayang tertinggi di dunia

Apabila keadaan mengizinkan nanti, tidakkah anda ingin kembali ke panggung wayang tetapi menonton dengan pengalaman yang berbeza dengan sebelumnya?

Mungkin tiada popcorn atau sosej menemani anda tetapi lanskap persekitaran panggung wayang cukup memukau pandangan.

Jika anda kaki jalan dan minat pula menonton jalan, cubalah menuju ke Ladakh, India kerana di situ terdapat sebuah panggung wayang yang terletak di altitud tertinggi di dunia.

Panggung wayang mobil atau begerak itu berada pada ketinggian 3,524 meter dari aras laut dan boleh memuatkan 120 penonton pada satu-satu masa. Walaupun di luar panggung terdapat salji menandakan kesejukan persekitaran, suhu di dalam boleh dikawal untuk keselesaan penonton.

PictureTime Digiplex pihak yang memperkenalkan panggung wayang itu membelanjakan RM271,000 untuk mendirikan panggung wayang yang satu-satu seumpamanya di dunia.

Ini juga merupakan satu usaha untuk membawa pengalaman menonton wayang ke daerah-daerah terpencil.

Filem pertama ditayangkan di situ ialah filem pendek tempatan Sekool dan diikuti filem keluaran Bollywood bertajuk Bell Bottom.