UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Pelancong Malaysia tak boleh masuk Phuket


Skim “Phuket Sandbox” yang diusahakan kerajaan Thailand untuk membuka semula industri pelancongan di pulau ini tidak membenarkan lawatan pelancong Malaysia dan Indonesia.

Ini dinyatakan oleh Badan Pelancongan Thailand (TAT) walaupun Malaysia sebelum ini membentuk pasaran kedua terbesar bagi pelancongan negara jiran itu.


Pengarah TAT di Kuala Lumpur, Nonyao Jirundorn berkata rakyat Malaysia tidak dibenarkan ke luar negara buat masa ini dan tidak termasuk di dalam senarai pelancong yang dibenarkan masuk ke Phuket, lapor Bangkok Post.


Skim sandbox membenarkan pelancong yang sudah divaksin dua kali untuk melawat pulau ini tanpa menjalani kuarantin dan mereka boleh meneruskan perjalanan ke tempat lain di Thailand selepas berlubur selama sekurang-kurangnya tujuh hari di pulau peranginan ini.


Seramai 4.2 juta rakyat Malaysia memasuki Thailand setiap tahun sebelum pandemik covid-19 melanda dunia menghasilkan pendapatan sebanyak 107 bilion baht.


Rakyat Malaysia paling gemar melawat Songkhla diikuti Bangkok, Krabi, Phuket dan Chiang Mai.
Kerajaan Malaysia ketika ini sedang giat mempromosi pelancongan dalam negeri dengan pembukaan Pulau Langkawi awal bulan ini setelah lebih dari 80 peratus populasi diberi vaksin sepenuhnya.

Pemandangan di Pulau Phuket