UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

[Video] Pemandu Myvi selamat, King of the Road

Kisah seorang pemandu yang keluar dari Myvi kuning remuk di dalam kemalangan di Jalan Ipoh kelmarin dengan hanya luka kecil di muka mendapat reaksi hebat di media sosial.

Kemalangan disebabkan oleh seorang pemandu lori berusia 25 tahun, didapati positif dadah methamphetamine dan amphetamine.

Jika dilihat keadaan kereta Myvi yang tersepit di antara sebuah kereta hadapan dan lori di belakang, memang mustahil pemandunya tidak mengalami kecederaan.

Tetapi terdapat sebuah video yang menunjukkan pemandu itu keluar dari kenderaan yang remuk dengan bersahaja.

Ramai pula yang menunjukkan pelbagai aksi Myvi di twitter. Di antaranya seorang pemandu berusia 64 tahun yang merempuh pintu kaca sebuah pasar raya dan melanggar seorang pekerja kedai makanan segera di Puchong.

Rata-rata yang memberi komen mengucapkan rasa bersyukur kerana pemandunya selamat tanpa sebarang kecederaan serius, hanya luka-luka kecil di mukanya.

Tidak kurang juga memuji Perodua kerana mengeluarkan kenderaan yang terdapat ciri-ciri keselamatan yang baik.

Seorang pelayar menulis “Once again myvi proved itself to be the king and saviour of the road.” (Sekali lagi myvi terbukti raja jalan dan penyelamat.”

“Myvi kan ‘king of the road’
“myvi sales are always up hahaha” (Penjualan myvi meningkat hahaha)