UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Pembeli misteri saham Serba Dinamik ada kaitan pihak di Sarawak- blogger

Siapa pembeli misteri 13 peratus pegangan saham Serba Dinamik pada 1 Jun lalu?

Sebuah syarikat yang ada kaitan di Sarawak dibayangkan sebagai pihak misteri yang membeli blok 500 juta saham Serba Dinamik 1 Jun lalu, ketika saham syarikat itu berdepan tekanan jualan.

Pihak itu dikatakan cuba merampas penguasaan ke atas syarikat penyedia khidmat minyak dan gas Malaysia itu tetapi gagal.

Pihak berkenaan telah membeli 500 juta saham atau 13 peratus dalam Serba Dinamik dalam masa 60 minit, menurut laporan sebelum ini.

Dalam tulisannya hari ini, blogger nuclearmanbursa berkata pembeli misteri itu hanya berminat kepada aset minyak dan gas Serba Dinamik.

“Agak pasti pembeli itu mempunyai kaitan di Sarawak,” katanya.

Blogger  itu tidak menamakan pembeli berkenaan tetapi menyediakan pautan kepada sebuah syarikat huluan minyak dan gas yang disenaraikan di Bursa Saham Singapura.

Pergerakan saham Serba Dinamik pagi ini

Saham Serba Dinamik telah menghadapi tekanan sejak Mei apabila juruaudit luarnya ketika itu, KPMG menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa isu berkaitan audit tahunan syarikat tersebut yang berakhir pada 31 Disember 2020.