UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Piala Malaysia sambut 100 tahun sepi tanpa penonton?

100 tahun setelah memberi pengalaman bola sepak yang mengujakan kepada rakyat Malaysia sudah pasti pencapaian itu sesuatu yang wajar diraikan.

Namun apabila Piala Malaysia mencecah usia itu minggu depan, sambutan mungkin suram kerana penonton tidak dibenarkan hadir ke stadium.

Sehubungan itu sempena sambutan ke-100 Piala Malaysia yang membuka tirai Sabtu depan, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berharap permohonan agar peminat dibenarkan menonton perlawanan di stadium dipertimbangkan oleh pihak berkuasa.

Menurut pentadbir liga bola sepak tempatan itu, peningkatan jumlah rakyat Malaysia yang telah lengkap divaksinasi, selain disiplin tinggi dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap dapat membawa khabar positif buat Piala Malaysia.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, permohonan untuk membenarkan kemasukan penonton sudah dikemukakan kepada MKN dan hanya menunggu kelulusan.

“Piala Malaysia mempunyai nilai tinggi dalam sejarah bola sepak negara dan bersempena sambutan Hari Malaysia dan ulang tahun ke 100 piala keramat itu pastinya sesuatu yang menarik jika penyokong dibenarkan masuk stadium dengan kapasiti ketat.
Sebanyak 16 pasukan iaitu 11 dari Liga Super dan 5 dari Liga Perdana bakal terlibat dalam Piala Malaysia yang membuka tirai 25 Sept.