UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Pulau Pangkor dibuka 1 Nov?

Pusat peranginan terkenal Pulau Pangkor dijangka dibuka semula kepada pelancong selewat-lewatnya 1 November depan.

Bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada ‘lampu hijau’ daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Katanya, difahamkan maklumat terkini menunjukkan pulau peranginan itu masih lagi belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan.

Namun, segala usaha ditekankan ke arah pembukaan semula secara penuh untuk pemain-pemain industri, termasuk perkhidmatan restoran, penjaja kecil yang telah berdaftar di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), katanya.

Kata Nolee Ashilin, bagi mencapai imuniti kelompok di Pulau Pangkor, sekurang-kurangnya 8,026 penduduk diunjurkan perlu lengkap divaksin daripada jumlah keseluruhan populasi, iaitu seramai 11,500 orang.