UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Rakyat Australia bantah Lockdown, berarak tanpa Pelitup Muka

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar di Australia apabila sebilangan rakyat negara itu tidak bersetuju dan membantah pelaksanaan sekatan ketat yang dikenakan oleh kerajaan untuk mengatasi peningkatan kes Covid-19. 

Ribuan rakyat berkumpul di Sydney, kebanyakannya tidak memakai pelitup muka, manakala tunjuk perasaan yang lebih kecil dilaporkan berlaku di Melbourne dan Brisbane, demikian menurut laporan BBC hari ini, 24 Julai. 

Mereka yang berkumpul melaungkan perkataan “kebebasan” sambil berjalan menuju ke pusat bandaraya Sydney. 

Menurut polis, sejumlah 57 orang penunjuk perasaan telah ditahan. 

Kerajaan Australia telah memperkenalkan semula penutupan (lockdown) di seluruh negara di tengah-tengah jumlah kes Covid-19 yang melonjak tinggi. 

Kemunculan varian Delta yang menular dengan mudah dan pantas telah memberi tekanan terhadap strategi penutupan sempadan dan program kuarantin yang sebelum ini berjaya mengekalkan kes pada jumlah yang rendah. 

Apa yang membimbangkan juga kadar vaksinasi di negara itu kekal paling rendah dalam kalangan negara maju, dengan kurang daripada 14% penduduk yang sudah disuntik.

Ribuan rakyat berkumpul di Sydney, kebanyakannya tidak memakai pelitup muka, membantah Lockdown