UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Remaja sesat di Gunung Hitam ditemui selamat

Sekumpulan tujuh remaja yang diberitakan hilang di Gunung Hitam berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat ditemui oleh sepasukan penyelamat pagi tadi.

Kisah kehilangan mereka hangat diperkatakan di sebuah grup Facebook apabila sekumpulan yang baru turun dari gunung terserempak dengan jentera bomba dan ambulans di lokasi.

Menurut satu kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis, mereka dilaporkan sesat pada pukul 4.15 petang semalam.

Remaja terlibat semuanya berusia 18 tahun dan naik ke gunung untuk aktiviti riadah di kawasan berkenaan.

Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh 28 orang pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.

Mangsa semuanya dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beberapa orang pendaki turut memberitahu grup di Facebook bahawa cuaca buruk di kawasan tersebut sejak semalam.

Remaja yang ditemui selamat di Gunung Hitam