UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

RMK-12 lebih inovatif dan berani; jadi peta pemulihan ekonomi era mencabar

Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, semua ini telah disusun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025.

Ia dirancang sebegitu untuk memulihkan pertumbuhan ekonomi, menangani cabaran sosio-ekonomi dan meningkatkan daya saing negara untuk menjadi pemain yang lebih berdaya tahan dan lestari dalam pentas dunia.

Apa yang disasarkan daripada ini, dalam lima tahun ke depan, ekonomi negara pulih dan mencapai pertumbuhan yang lebih kuat dan lebih mapan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun setelah mengalami pergolakan pada akhir RMK-11 akibat pandemik COVID-19.

Perbelanjaan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) adalah RM260 bilion.

Menjelaskan tentang RMK-12, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata dalam dokumen rancangan berkenaan yang dilancarkan hari ini, ia turut merangkumi pelan jangka sederhana dengan objektif ‘Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan.

Ia adalah permulaan kepada fasa baharu dalam hala tuju pembangunan negara – Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030),” katanya.

RMK-12 bertemakan ‘Memulihkan pertumbuhan ekonomi, menangani cabaran sosio-ekonomi, mengimbangi pembangunan antara wilayah serta meningkatkan daya saing negara,’ yang dikeluarkan hari ini.

Sebilangan daripada 14 pengubah adalah penting untuk pembaharuan dan transformasi, menjadi pemangkin industri strategik dan berimpak tinggi untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, keselamatan negara dan pembinaan negara, mengubah pendekatan dalam membasmi kemiskinan tegar, merangkul ekonomi pekeliling serta mengubah masyarakat perkhidmatan melalui keseluruhan pendekatan pemerintah.

Walaupun peruntukan perbelanjaan pembangunan pada RMK-12 lebih banyak daripada RMK-11, peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan dasar pada 2021 dan 2022 dijangka menghadapi cabaran pada 2021 dan 2022 setelah berlakunya krisis kesihatan.

Dasar fiskal mengembang akan dilaksana dalam jangka pendek untuk mencergaskan semula aktiviti ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Langkah konsolidasi fiskal akan dilaksana semula setelah ekonomi kembali pulih bagi memastikan kemapanan fiskal jangka panjang.

Sehubungan itu, baki fiskal disasarkan antara -3.5 peratus dan -3 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2025.
Kutipan hasil akan dipertingkat dengan meneroka sumber baharu, memperluas asas cukai, mengkaji semula insentif cukai, memperkukuh keseluruhan pentadbiran cukai serta melaksana strategi meningkatkan hasil dalam jangka sederhana.

Menurut dokumen itu, dalam tempoh RMK-12, usaha bersepadu akan ditumpu untuk mencergaskan semula sektor ekonomi bagi memulihkan momentum pertumbuhan.

Tumpuan akan diberi untuk melonjakkan produktiviti terutama melalui peningkatan guna pakai teknologi, memperluas pasaran eksport, memperkukuh keberkesanan ekosistem pengantaraan kewangan, mempertingkat peranan kawasan perindustrian serta menambah baik dasar dan tadbir urus.

Sektor swasta akan memainkan peranan yang lebih besar dalam mengembalikan momentum pertumbuhan dalam menghadapi cabaran masa depan dan bersaing dalam pasaran global, menurut dokumen yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu.