UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Ronaldo dan Messi – antara kepulangan diimpikan dan permulaan tidak menyenangkan.

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, dua pemain terhebat yang pernah muncul dalam pentas dunia bolasepak, nampaknya mengalami nasib berbeza.

Ronaldo memulakan persembahannya dengan begitu meyakinkan apabila kembali ke Manchester United tetapi Messi nampaknya masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya di Paris Saint-Germain.

Ronaldo ibarat wira yang pulang dan telah menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan pertama Manchester United tetapi sebaliknya Messi pula mengecewakan PSG kerana tidak menjaringkan gol dalam tiga perlawanan dan masih tidak mempamerkan keajaiban bolasepak yang sering dikaitkan dengan dirinya.

“Ronaldo mengesan saat dan ketika yang penting dan menyambarnya dengan ganas. Dia klinikal, telah mengangkat pasukan dan semua orang di sekitarnya,” kata Ole Gunnar Solskjaer mengenai Ronaldo kepada BBC Sport.

Setelah menjaringkan gol pada penampilan sulungnya menentang Newcastle, Ronaldo terus menjaringkan gol menentang BSC Young Boys dan terbaru dengan West Ham.

Dalam setiap permainan yang dia tampilkan, Ronaldo telah meninggalkan jejaknya pada permainan dan menjadi pemain yang berpengaruh bagi pemain lain di sekelilingnya.

Dia dipuja oleh para peminat seperti yang ditunjukkan apabila mereka bersama-sama meraikannya dengan kerumunan di Old Trafford. Peminat dan pemain telah mencipta suasana di mana Ronaldo dapat menyumbang segera dan berkembang maju.

Namun sebaliknya Messi hilang di PSG. Sejak membelinya dari Barcelona, beliau tidak memberi kesan kepada PSG seperti yang dia mahukan.

Jurulatih Mauricio Pochettino mengeluarkan Messi pada minit 75 ketika menentang Lyon pada Ahad, 19 September dan pemain itu kelihatan tidak berpuas hati di layan begitu.

Ini adalah tanda-tanda terbaru Messi yang kelihatan tidak gembira di PSG. Jika dibandingkan dengan kebahagiaan dan kejayaan Ronaldo di Manchester United, ini menunjukkan kejayaan yang berbeza dari dua pemain terhebat dalam permainan di kelab baru mereka.

Mungkin PSG dapat belajar dari Manchester United, yang pemain dan peminatnya berkumpul di sekeliling Ronaldo untuk menyediakan platform untuk dia berjaya.

Sebaliknya keadaan di di PSG nampaknya menghalang Messi daripada memberi kesan seperti pemain No.7 Manchester United itu.