UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Sancho, Rashford, Saka Mangsa Serangan Rasis Gara gagal Penalti

Perdana Menteri Boris Johnson kecam serangan rasis ke atas pemain muda kulit hitam England

Pemain muda England Jadon Sancho, Marcus Rashford dan Bukayo Saka disasarkan dengan serangan rasis di media sosial selepas final Euro 2020 malam Ahad 11 Julai (waktu London).

Ketiga-tiga pemain berkulit hitam itu gagal menyempurnakan sepakan penalti penentu kebuntuan di akhir masa tambahan dengan kedudukan seri 1-1.

Sepakan penanlti itu berakhir dengan Itali muncul juara selepas menyempurnakan 3 penalti berbanding 2 bagi England.

Polis Metropolitan London berkata ia sedang menyiasat insiden itu dan tidak akan bertolak ansur dengan serangan rasis.

Perdana Menteri Britain Boris Johnson menyelar serangan itu sebagai “menjijikkan.”

Baca di sini:
https://www.bbc.com/sport/football/57800431

Persatuan Bolasepak England yang turut menyelar serangan itu berkata:
“Sesiapa yang melakukan serangan menjijikkan itu tidak layak menyokong pasukan England.

“Kami akan membantu pemain yang jadi mangsa serangan ini dan menuntut hukuman paling berat terhadap mereka yang bertanggung jawab,” kata England FA.

Sementara itu, bekas pemain Manchester United Roy Keane membidas bintang senior England kerana membiarkan ‘budak mentah’, Bukayo Saka mengambil sepakan penalti kelima dan terakhir yang menjadi penentu.

Keane tidak berpuas hati apabila pemain seperti Raheem Sterling atau Jack Grealish tidak mengangkat tangan untuk mengambil sepakan penalti.

Baca di sini:
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/07/838445/euro-keane-bidas-pemain-senior-england