UPDATES MALAYSIA

UpToDate News

Semakin hampir boleh rentas negeri

Kerajaan memberikan satu lagi tanda-tanda rentas negeri mungkin dibenarkan tidak lama lagi. Terkini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula membuat hantaran di media sosial perjalanan merentas negeri dapat dibenarkan tidak lama lagi memandangkan kadar vaksinasi Covid-19 negara semakin menghampiri tanda aras 90% bagi populasi dewasa.
Dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau semalam beliau berkata 86% golongan dewasa telah menerima suntikan vaksin lengkap setakat kelmarin.
Baru-baru ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjalanan merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% populasi dewasa negara ini telah divaksin lengkap, berdasarkan data dan analisis Kementerian Kesihatan.
Menurut portal CovidNow, 20,317,843 orang atau 86.8% dewasa telah lengkap disuntik vaksin setakat kelmarin.